Diyana

Monday, 5 December 2011

Bye Bye Bye

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali..

Haa! fikir apa tu. Dah3. Nonsense! Tak ada kena mengena dengan kematian siapa2 pun. Apa yang aku nak highlightkan kat sini adalah, tak semuanya akan kekal stay bersama dengan kita. Tak kisah lah macam mana dan bagaimana sekali pun, apa yang bersama dengan kita sooner or later mesti akan chow. Macam dua orang sahabat saya yang mengada lagi dikasihi ni:

Ika

Lisa

Siapa diorang2 ni? Entahla. Aku pun tak kenal. Saje promote,terjumpa gambar2 ni kat tepi jalan. Hehe. Takda lah. Kalau nak tahu, ni la muka2 yang bakal bekerja sebagai kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ika tu diterima sebagai Medical Assistant (MA), dan Alisa tu pula bakal jadi nurse. [settle masalah aku in case nak mintak mc ;p] huhu. 

Kalau nak cerita macam mana titik pengenalan kami awal2 dulu memang tak la. Mau 2-3 minggu tak habis. Pendekkan cerita, mereka ni la sahabat2 aku sejak masuk U semester 1 dulu. Since diorang dah nak kerja SPA, foinnee laa. Pegi laa. Entah siapa lah yang habak..

"Alaa..aku nak pergi interview tu je. Taknak pergi pun. Dapat ke tak dapat tak payah la pergi. Saje timba pengalaman..." -Si Polan Binti Si Polan

Iyelah Si Polan weh. Pengalaman la sangat kan. Huhu.

Yang lagi sorang ni lain pulak ceritanya. Bila dapat je SMS dipanggil untuk interview...

"Ya Allah weh! Alhamdulillah! Ni laa cita2 aku sejak kecil. Akhirya tercapai..!" [bergelinang air mata] - Pulan Binti Si Pulan

Hehe. Tahniah laa Si Pulan ye. Tercapai jugak cita2 kau ye kak. 


Apa2 pun. Akhir kata, selamat berjaya laa kepada Nurul Syafika Syazwani & Alisa Zulaika yang bakal melanjutkan pelajaran & pekerjaan di SPA. Kami di sini akan senantiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kalian. 


p/s : dah kahwin dokter karang jangan lupa kitorang dekat sini ye. kehkehkeh... ;)