Diyana

Sunday, 18 November 2012

Finally!

Assalamualaikum

Setelah sekian lama mengidam akhirnya tertunai juaaa!!!

how me sexy..
I got this beautiful from Abang Burn Burger Bakar dekat cawangan dia yang dekat Kajang-Bangi. How does it taste? Yup, tak dinafikan, sangat sedap. Nak2 memang sengaja melaparkan perut dari siang for the sake of this thing! Kedai dia bukak pukul 5 petang. Senang sikitlah nak dapat as compared to Burger Kaw Kaw yang mula beroperasi pukul erm lepas Maghrib tak silap. Tapi yang pasti malam la. Untuk anak yang solehah macam aku [bluekk] yang tak boleh balik lewat, kalau mengidam burger bakar, sila lah ke burger bakar Abang Burn. Gambar dekat atas ni nama dia set Burger Cheese - Beef. Memang silap la aku pilih cheese. Aku merupakan manusia yang cepat muak. Awal2 makan tu memang tahap kerakusan 120km/j. Dah tinggal separuh tu terus 30km/j je. Muak jugak la dengan cheese plus mayonis dia. Burger dia pun besar bapaknya. Patty dia la terbaik setebal kamus Oxford Dwibahasa tu. Harga dia pun okayla untuk dimakan seminggu sekali. Dia banyak lagi set lain, ada yang mencecah harga RM 20an. Macam aku punya set tu okayla RM10. Beza set dengan tak set tu just sosej dia tu je. Dalam gambar nampak mengancam gila tapi faktanya its just hotdog sekolah tu je yang ditaburi mayonis nan enak. Overall, memang sedapla. No wonder la orang beratur panjang lebar. Time aku sampai pukul 4.45pm tu pun orang dah ramai. Masing2 dah get ready in position.
set beef cheese..

 So, berminat?  Pergilah GPS burger bakar bederkatan! Enjoy your burger! ^_^

Saturday, 17 November 2012

VCSP '12 Ganu kite'e

Assalamualaikum..greetings peeps!

http://amnan85.ads4blog.net/files/2010/01/ganu-kite-300x260.jpgIngatkan habis je final exam boleh la golek2 dekat rumah dengan aman dan sentosanya. Malangnya nawaitu terpaksa dibatalkan. Semua gara2 kem kepimpinan or nama formalnya VCSP tu! Apakah? VCSP tu kalau nak tahu maksudnya Vice Chancellor Special Programme. Program ni kira special untuk UiTM students sajoo. U lain tarak. bluekk :p Haha. Ala bukan apa pun, just a programme yang merangkumi LCCEET. Kejadahnya pulak tuh? LCCEET tu aku lupa exact meaning dia tapi stands for beberapa point la like Leadership, Creativity and critical thinking, Communication, Entrepreneur and Teamwork. Macam tu la. Patutnya maksud dia panjang lagi tapi memory aku berapa mega byte je time tu so tak berapa ingat sangat. Well, time dapat phone call nak inform yang aku kena join benda ni perghh. Gila lemaunya. Nak2 benda ni betul2 time cuti start. Tapi takda hal la. Because benda ni diadakan dekat...Ganu!  weeheeehee.. benda pertama sekali yang menyejukkan hati aku adalah, keropok lekor! Yang bestnya sampai2 dah nampak dah pantai dia. UiTM Dungun pun cantik sajo. 1st night tu masing2 dapatkan kit dulu. Dalam kit tu ada satu file, dalam file tu pulak terselitnya nama nogori. Macam aku, aku dapat nogori Terengganu. Tuang rumah youu. So, aku punya group nama negeri Ganu. Kira students were divided into 13 groups la. Wilayah tak main. Motif dia supaya budak2 bercampur la sikit. Takda la kau datang jauh2 nak berkepit dengan member UiTM kau je. Haha. As usual, masuk je group, semua muka 10sen je. Hahaha. Tak kenal siapa2 terkebil2 je semua. Ambil masa dulu la. Alhamdulillah, hari pertama je sopang sangtung semua. Hari kedua ketiga huru hara, parteyy! Besides that, kitorang jugak diberi case study. At the same time ambik kit tu jugak students kena cabut 1 kertas yang menunjukkan kita case study no berapa. Macam aku, aku dapat case number 7. Means, dalam program tu kita ada 2 group la. 1 group nogori, 1 lagi group Case Study. Motif dia? Supaya kita pandai manage masa and manage the given tasks wisely. Especially a night before pantomime, semua tidur pukul berapa hentah. Pukul 3 pagi macam baru lepas Maghrib je. Esok tu sampai beberapa kali announce suruh peserta2 turun ke dewan dengan segera. Punyalah ramai terbongkang lagi. Overall semuanya berjaya disettlekan dengan jayanya. And paling penting, group members semua terbayekkk!

Na na na na Ganu kita'e!

Group Study Case 7!
So overall, it was fun and it was an enjoyable experience for us. So, for those yang berminat nak join this programme, aktif2kanlah jasadmu ke dalam klab2 or persatuan2 like MPP or JPK and etc. Like me, I join benda ni under Kelab Estetika Budaya. Or another alternative, there must be some selected participants yang tak dapat join. Dengan itu, pergilah jadi sukarelawan dengan menggantikan tempat penarik diri tu. That's all for now!



Saturday, 22 September 2012

Mengidam

Assalamualaikum..

Sekian lama aku menanti, namun jodoh kita masih lagi tak ditakdirkan bersama. Tatkala ku kenangi, bila agaknya akan kita mampu bersua...

ohh burger bakar..
Well, aku merupakan makhluk yang minat jugak lah burger2 ni or spesis2 yang daging dicelah2 himpitan roti or biskut and etc. As long as berdaging. Lagi 1 aku pantang tengok satu kedai tu ramai orang beratur, haa lagi la menggediknya nak pergi join sekali. Teknik ni kerap dilakukan bila berada di bazar ramadhan. Gara2 malas nak pikir kedai mana sedap, so lahirlah hypothesis syok sendiri  - "...Jika lajur bilangan manusia di hadapan kedai tu panjang, maka comfirm2 la makanan pakcik kedai tu menggiankan.." =) Talk about burger bakar, I wonder how does it taste. Is it that dayyuumm delicious yang sampai orang sanggup queue beberapa kilometer and tunggu beberapa jam. Ada jugak aku dengar yang datang amik angka giliran then boleh balik rumah sembahyang maghrib dulu then mai kedai semula. Tapi kalau dah majoriti berkata sedemikian sah2 la sodap bebenor burger tu kot. Malangnya, walaupun dah bersepah2 orang menzahirkan fakta betapa sedap lemak berkrimnya burger bakar tu, namun masih ada lagi manusia yang noob tak pernah melahabnya lagi iaitu...
aku..

First time dengar desas desus burger bakar ni biasa2 lagi. Teringin tu ada tapi tak lah meroyan sangat. Start meroyan tu bila sekali tu pernah dekat Twitter kecoh burger bakar RM1 promotion sempena hari raya. ADOII! Bila aku kaji selidik, rupanya asalnya burger bakar ni dipublished oleh satu company named Kaw Kaw dekat Wangsa Maju. Then come out another burger bakar competitor named Abang Burn dekat Taman Dagang, Ampang sana tu. Bagi mengelakkan graph ekonominya merudum, Kaw Kaw pun bukak jugak la dekat2 area Abang Burn tu tak silap la. And then kedai lain pun ada jugak try wujudkan burger bakar tapi tak se kick Kaw Kaw tu la. Ah tak kisah lah dari mana burger tu wujud, yang penting aku nak try burger bakar tuh! Like seriously, teringin gila oh. Nak2 spesis karnivor macam aku ni. Haha. Siapa2 yang nak pergi singgah burger bakar tu rodger2 lah ye. Hadiah lumayan menanti anda yang berjaya bawak aku pergi rasa benda alah tu. Nak tengok betul ke burger bakar tu segadang yang diperkatakan or selampai gambar yang terpapar kat atas tu. Haha. Wish me luck~


  

Wednesday, 19 September 2012

FESMA


Assalamualaikum...

Here they are. The atmosphere during FESMA.

<3 you guys =')
The flash mobs. Hoyeahh
The Flash Mob and the Brassband.

Unfortunately, tak ada pula gambar with Brassband. ='( That's too bad. But it's okay. At least pecah rekod jugak la by performing together. Huhu thanks a lot guys! InsyaAllah combine again next time okay. Overall, the performances were awesome. With the voices, blowers, percussion, dance, aerobic and etc. Yang Flash Mob tu dah macam tengok Step Up 3D dah. Haha Malaya version. Dengan gendang gendut tali kecapi nya lagi. Whatever it is, my favourite part was when Brassband play lagu Fantasia Bulan Madu. Fuhhh... Walaupun 1malam je berlatih dengan diorang tapi uish. Irama dan lagunya melekat lah juga beberapa hari dalam kepala ni. Frankly it was beautiful. Amy Search sangat. Well done. =) About choir, ermm. Base just nice. Suprano, boleh tahan Ning Baizura jugak la. Alto to me..erm Ramlah Ram kot. Haha no lah. No matter la whatever error like terlari pitch sikit2 tu ke apa ke, what's for sure we had done our best and commitment kalian pun cukup bagi kerjasama and mengharukan. Tuhan jela tau guane mung2 semua doh selamakkn keadaan! Haha. So to me it's a stepping stones for us to go further. InsyaAllah. Finally, yang best part akhir jugak la. Di mana ada Wrestlemania di antara John Cena and The Rock. Ketika itu The Rock dipercayai chopped slam John Cena gara2 tak dapat kupon. Hehe tak adalah. Ada drama kejap part akhir tu for the sake of kupon. Yang tak syoknya, benda kejap je. Ish! Aku pantang bab2 berantakan di khalayak ramai ni. Excited oh. Tapi keadaan kembali tenang gara2 aku mengazan dekat telinga "The Rock" tu. Hahaha. chill kak ye. Dapat dah kan ;) Haha. Akhirnya dalam pukul 6 gitu, semua dah bersurai. Tu sajolah laporan untuk perasmian FESMA pada 9hb September yang lalu. Saya Diyana Singh Walia, TV3, Jengkalifornia.

                 

Sunday, 16 September 2012

Lucky day

Assalamualaikum..

Pada suatu hari, dalam sebok aku menyental pinggan dekat sinki tandas, tiba2 jiran depan bilik aku yang jarang sekali beramah mesra tiba2 menyapa. "Free tak malam esok?" aku dengan seribu satu alasan dalam kepala berbelah bahagi nak jawab ke tak. Mende laa yang dia nak aku cekau ni. "Ermm tak sure lagi la. Maybe bz kot. Kenapa ye?" Lalu dia mereply. "Betul2 la, free ke tak, nak bagi kupon free ni." Huhhh...telinga aku yang layu lemau sebelum tu tertegang subur selepas sahaja mendengar ayat hikmat dia tu. Nak dijadikan cerita, dia ni setiausaha blok J, blok kediaman siswi kami. Dia tengah nak cari orang untuk handle khemah bagi blok J sempena majlis Cahaya Di Aidilfitri yang bakal diadakan keesokan harinya nanti. Lagi nak mendongengkan cerita, dia perlukan 4 orang. Well, kami sebilik merupakan manusia2 yang sedang gian mengumpul kupon untuk stay dalam kolej sem depan. Betapa desperadonya kami, maka kami sahutlah seruan dia walaupun sedar yang esok test Finance yang tak belek satu hapak pun lagi tu. So, dia minta kami hias khemah tu esok dengan hiasan yang simple nyimple je. Tak payah nak retissss sangat katanya.

Namun yang menyedihkan keadaan is when we thought tugas kami just tayang muka jaga + agih2kan makanan untuk budak2 tu je nanti. Sampai sahaja kami dekat khemah tu keesokan petangnya, beberapa khemah nampak dah berdiri dekat gelanggang bawah dengan budak2 yang penuh semangat menghias khemah blok masing2 seakan2 ada pertandingan siapa memanjat khemah paling tinggi. Kitorang yang berbekalkan kertas minyak sahaja untuk hias khemah ni pun approach la kakak JPK tu nak tanya apa yang nak dibuatnya lepas ni. Dia dengan muka simpatinya bersuara "kertas minyak je??" Rupa2nya, ada pertandingan khemah tercantik and siapa menang dapat hamper + wang tunai. Allah..dengar je wang tunai..

walawehhhh...
Huhh agak2 berapa rat laa dia nak bagi. Huhu. Kitorang apa lagi, dengan tegarnya naik bilik gedebak gedebuk menyiapkan mana patut. Aku dengan semangat wajanya korek bawah katil cari crayon yang berkurun terdampar dalam beg galas. Siapa kata crayon just for tadikarians??? ;p

Jam dah pukul 6 lebih, khemah lain semua dah gilang gumilang. Yang kami dengan kertas minyak berlakarkan tulisan yang beraneka warna pasrah sahajalah. Menang2, tak menang..ah! nak duit!! Haha. Beginilah rupa hasil usahaku dan rakan2...

*berlatarkan lagu smurf*
Kanak2 tak kanak2, at least ada usahanya di situ ya. Ingat sental crayon tu senang ke?? Haha. Mengerah tenaga jugak la. So kami pun hiaslah dengan redhanya sambil dibasahi titisan hujan renyai2. Tanpa menghiraukan kilat yang sambar menyambar, demi kupon duit dan hamper, kami gantung and tepek lah mana patut...and walaaaa!

Haaa mapleh2 dua singgit dua singgit!
Warna warni di aidilfitri
Whatever it is, di tengah2 nak dekat hujung majlis tu, dalam kami sebok mengagihkan makanan pada budak2 yang kian menyerbu, tiba2 kedengaran dekat pentas tengah announce nama2 blok. Tertanya jugak, motif sebut nama blok? Penjaga khemah sebelah dah berlari2 naik pentas ambik hamper. Ok. Dengan pekanya pasang telinga, believe it or not

"...Tempat pertama jatuh kepada.....BLOK J!...."

Errkkk...ehehe..yeke?
Ok we won. Yes. We won. Hahaha! Sounds weird but we did it. Hahaha. And means we can go, SHOPPING!! Hahaha. But unfortunately...

kwangg kwangg kwang...
RM60? hmm RM15...jadilah...
whoyeahhh..

RM60 berserta hamper telah kami menangi malam tu. Haha tadahal laaa...gimik je. Tak batak sangat pun tapi alhamdulillah, tak sia2 kami gedebak gedebuk siapkan benda2 alah ni. Hehe. What's more important, we had a very good time and a very precious experience by joining it. Maka dengan itu, rajin2lah involvekan diri anda dengan aktiviti2 yang ada sementara masih gagah perkasa ni. Sesungguhnya pengalaman itu sangat bermakna dan bahagia. Nak2 bila kita sama2 nak siapkan kerja, diselang seli dengan lawak2 selenge masing2, at the same time belajar macam mana nak participate to solve things and get things done smoothly. To me it's waayy fun. =)
Tetamu2 yang hadir :-

kembar kat sebelah. haha
saat yang digiankan. haha
Finally, tak lain tak bukan, kupon! Haa beginilah rupanya betapa terdesaknya nak kumpul kupon. Macam pergi bertawaf ada jugak. And kami jua dapat apa yang kami desperadokan akhirnya. Haha. So far kami dah ada 15 kupon. 5 kupon to go to comfirm2 dapat kolej. Hopefully dapat laa duduk dalam sem depan. Amin. Well, that's all for now. Time to cabut banner and gulung tikar.

ermmm bubye..
  

Saturday, 15 September 2012

Life is not beauty, it's duty!

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni sempot yang amat. Ibarat berenang di tengah lautan yang tanpa ada dasarnya untuk aku menimbulkan muka mencari udara. A.Samad Said sangat. Pendek kata bz la.

About FESMA, alhamdulillah. Everything went smoothly and it was awesome. The combination of the bases, supranos, altos, suparjos. Not to forget the Brassband. Perghh. Beautiful. Thanks to those who gave priceless commitment at each night of trainings and tak jemu gave cooperation to accomplish the performance. =) Needless to say, aku dekat library skrg ni. And I'm seeking for gambar during the event to be inserted in this post from FB. Namun, zaman dah berubah, dunia dah maju..


Aloh pakcik library ni tau saje.

Whatever it is, berbalik pada tajuk, apa yang boleh aku concludekan, only one word - TOUGH. Hehe. It seems nothing but the word is wayy meaningful to me. Maybe it's normal to others, but to me, as a cookie rookie yang baru berjinak2 dalam dunia manage bermanaging ni, piuhh! Well honestly, handle an organisation is soo not me. Aku merupakan makhluk yang loading binti pending sikit bab2 aturcara, alert dengan rodger sana rodger sini and etc. Bukan sikit, tapi kerap jugaklah. I dont know la tapi frankly speaking, aku memang lemau bab2 leading and managing. Each time orang bagi aku instruction, aku akan dapat captured beberapa perkataan pertama dia je. Selebihnya, suara diorang makin kurang jelas dan ibarat dengar diorang membebel dengan kepalaku direndamkan dalam kolam.
"Masa event nanti awak kena buat tu buat ni dan kena...mumumomo"
It is not a piece of cake to gather orang ramai2, to cooperate, to give commitment, divide your time between studies and others. So, to be optimist, I take it as a challenge whereby boleh train myself to be more alert and discipline. [disiplin ke?] Serba sebanyak belajar la jugak jadi orang yang berfunction sikit. Hehe. Besides koir, dengan test quiz lagi and etc. Hmm. Tabik laa dekat mereka2 yang balance study dengan involve activities semua2 tu. I wonder how Najwa Latif can manage her time dengan nak SPM nya dengan sempat lagi berMuka Bulu and lain2. Kira hebat la tu. Lagi tabik dekat mereka yang sana sini muka dia yang handle event, sampai ke dinner Dean's List pun muka dia masih muncul as a guest di meja bulat yang terhidang lauk pauk tu. =D *clap3.

Another thing yang aku dapat from this tough atmosphere is, benarlah pepatah melayu - Nak seribu daya, taknak seribu dalih =) Dengan involve benda2 kejadah ni, I found that impossible is nothing and nothing is impossible. Pendek kata, if you want it, just do it. Haha. Tapi dengan syarat, never give up and always find solution to get through the obtacles. Quit will never help. So anything that coming to you, dont quit, but always adjust your gear from R to D! Vroom vroom. And jadikan ejekan + hanjengan orang tu sebagai turbo untuk korang speeding atas highway mencapai kejayaan ni. Haha yakni, make it as challenge to prove them wrong and you really2 can manage to do so. Memanglah achievement aku tak laa setinggi mana, takat settle event and settle jawab test je pong. Tapi anything that we do actually banyak boleh belajar and nampak it's bright side sebenarnya kalau diushar and amati betul2. Macam aku orang yang suka nilai2 benda cinonet buat jadi motivasi diri sendiri, minat laa benda2 gini. Hehe.

My last word, never expect life is a bed of roses. Memang la rezeki masing2 kan, maybe ada yang hidup senang sokmo tanpa onak duri ranting kayu dan sebagainya. Tapi even Donald Trumph pernah cp2 nak bankrupt. [apa kehenya?] Tak adalah, point dia, semua orang akan experience susah lah. Haha. Oklah, done merapu. Toodles~


 

Monday, 27 August 2012

Welcome back to the Jengle

Salam & greetings.

Really hate to say this typical words. But it's okay, just do so - "Pheww haven't updated my entry for soo freaking deyym long!" Haha. Bak kata Kak Dena Bahrin [ceh kakak ;)], banyak cerita nak diceritakan tapi dah basi. Well, let's skip to the latest part! Needless to say, Jengle up there is actually stands for Jengka+Jungle. Hua3. Enough merepeking.

Anyway, how was your raya? What? Really? Yeahh same to me thoo. -_-" [mende]
Mine was ermm okay laa. Quite okay. Erm not really. Err actually I cannot trace any raya pun. Haha because all I can see is :-

CUTI SEMINGGU ---> BALIK RUMAH ---> BALIK KG ---> BALIK RUMAH ---> JENGKA

So here I am. In the jungle of the middle of nowhere. How lifeless isnt it. Haha it's not that tedious actually. I'm just being exaggerate. It is fun but there's too much to mention and I dont feel like mentioning them. [motif sangat update blog] Haha. The major thing that makes me not really into my raya is because CHOIR. ;) Well, there will be an event in September at UiTM Jengka which called Festival Mahasiswa or simply known as Fesma. It's an event macam ala2 Kasima but full of activities la. It's not an event yang nak register clubs, organizations and what not as the exact Kasima tu. Plus, Black Mentor and Osbon will be invited to our campus for memeriahkan lagi majlis tu. Needless to say, I met Black Mentor at KL Festival recently and I sang Sofea Jane with him! [kbye].

Muka tahan kentzz je haha

Back to the event. Yang membuatkan aku chuak bin gelabahnya tu it's because our choir team will perform dengan iringan Brass Band. Bukan gelabah Brass Band nak bergendang gendut tali kecapi ke apa tak, just chuak because I have to convert a song into choir. A song which yang dah disign agreement and dicap mohor dengan Brass Band iaitu - Fantasia Bulan Madu. Pheeeewwitttt! ;) Haha. And it's gonna be a tough job and long journey to train those choir members. Just wish me the best okay. [hopefully tak kena boo dah] xP tettt!
 
Balek lumah! Balek lumah!
InsyaAllah mudah2an penonton lebih tenang ye kali ni. Haha tapi kalau kena jugak, tak mengapalah. Orang beriman memang sentiasa diuji ;p keh3! At the same time, as a student, the main duty here of course study kan. So, tak terlepas jugak la dengan quiz2 test2 yang bakal melanda. Maka dengan itu aku kena lebih bijaksana situ dan sini dalam menghandle my time management. Once again, insyaAllah, He will always by my side :') sob2. About kupon, dear Jengkalifornians yang menginap dalam kampus, inilah waktunya anda berlenyek2kan dan berhimpit2an untuk mengumpul kupon bagi memenuhi ruang2 yang nak ditepekkan dalam borang permohonan kolej tu hujung sem nanti. Jangan lepaskan peluang! Sebar2kanlah ye. [ye ye je aku ni, entah ye ke idok tak tau]. Alaa dah kata ada banyak aktiviti, of course MPP JPK kelab2 ceramah2 sana sini offer kupon. As usual la. So, manfaatkanlah sebaik2nya ye. Jangan dah hujung2 sem dok cilok mencilok, seludup2, scanning2 kupon and etc. [tapi kalau dah terdesak apa salahnya. Eh! xP] keh3. Okay lah. Tak tau nak huraikan apa dah. My last word is, bagi mereka2 yang berminat nak join Koir UiTM Jengka sempena persembahan Fesma nanti, silalah hadirkan jasadmu ke kelas Ilqam 5 pada jam 10malam pada 28,29 and 30hb August ni. Any kemusykilan just add my Fb or follow my Twitter [budak_gombak@hotmail.com] for further info. [dan2 je nak ramaikan follower padahal :p] ahakz. Just kidding. Takdalah, sekadar pengetahuan je kot2 terbaca and berminat kan. Tak nak kok ya uddeh. Gi main jauh2. Haha. Have a blast! :)       
     

Thursday, 3 May 2012

Oh My English!!

"...I so hungry. They is no food to eat. Boring :( sob2.... "

Status yang agak istiqamah terpapar pada Facebook remaja2 kita zaman sekarang. Rasanya kalau Facebook ada application nak highlight grammar error sure dah merah2 lebam dah status mereka. Huhuhu. Well, tak ada motif pun nak kutuk mereka2 yang sering update status dengan grammar berterabur. Nak bajet power English pun jauh sekali. Because English aku pun pi mai pi mai tang tu jugak. Certain masyarakat kita jugak sangat2 tak setuju and kutuk habis2an dengan sesiapa yang grammar merapu2 semasa mengupdate status mahupun blog. 

To me, yeah maybe a bit embarrassing laa kot to post something with your English tunggang terbalik. Itu if we focus through the negative side. But through positive side, I can see that at least they have tried and omputeh pun ada sebut kan? 

      

Memang masing2 ada kelebihan tersendiri. Some peeps may speak fluently or even speak with that brilliant accent. And maybe they are some peeps that just can't perform their English very well [me for example, obviously], tapi sekurang2nya diorang ada la jugak nawaitu nak mencuba. And hope dari situ slow mlow improve laa. Dari situ mana tahu dapat hidayah tergerak hati nak belek kamus Oxford, dari situ jugak jumpa vocab baru. Ye dop? Ini tak, orang salah silap siket dah bomb bomb kababomb ngutuk habis2an. Chill people. Take your time and look at the bright side ;)

Talk about English, bagi pelajar2 UiTM Jengka maybe pernah menjadi mangsa. Mangsa bebelan satu company learning English - Linguaphone. Ingat lagi kata2 abang tu time nak tarik aku promote barang dia "Adik sem berapa ye? boleh pinjam 5min tak?...". Jarum panjang jam aku dah bergerak 180 degree dah. Nak dekat setengah jam la jugak dia explain. Kerusi aku pun dah naik suam. Huhu. Last2 tak beli pun. Bak balik 5min aku! xP Actually the product is good. Memang membantu. Tapi like I said before, aku bukanlah anak Dato' Sultan Keris Perpatih ke apa. Nok makeh pum kiro2 dulu. The fee untuk beli buku2 dia, CD2 dia lagi, to me agak costly la. And bila pusing2 balik, in the end back to ourselves jugak. If you put an effort and betul2 tekad nak improve your English, all you have to do is read a lot, unknown vocab refer dictionary, internet pun macam2 website boleh learn English. That's all. Beli mahal2 tapi tak rajin, terdampar dalam almari buat balut nasi lemak je pun tarak guna maa. Tapi of course la, kalau you betul2 rajin and guna product tu memang improvised betul la kot. Product tu kira bonus laa untuk orang yang betul2 nak belajar.

Needless to say, I would like to thank to my beloved English teacher during my UPSR, Teacher Fazidah who taught me English brilliantly and learning English with you was fun. Without you I wont pass my English until now. [eventhough agak broken] And I wont forget the big little persimmon as being a sweet student of yours. :')   

There she is nicely in the middle. [tak pasal2 anaknya, Johan and her husband masuk sekali huhu]

Finally, pada mereka2 yang tulis blog or status update English berterabur sekali pun, sure darling just type any words that may express your current thoughts. Tapi bukan yang censored2 laa. Haha kalau censored pun make sure yang proper and right spelling. [ada ke censored yang proper? huhu]. And hopefully dengan post status2 dalam English, slowly boleh improvekan English kita. Dengan syarat adalah kemajuan siket. Janganlah balik2 error hok lagu tu jah. Huhuhu. Good luck and good night! 

   

Sunday, 8 April 2012

Frozen yogurt anyone?

Assalamualaikum~

Well ladies and gentledudes, melayu ada sebut-usaha tangga kejayaan. English has mentioned-effort is the key of success. Qala alughatul arabiyyah-man jadda wa jadda. Kahana hindustani-khabi khushi khabi gham. Ngeh3 tak ambik lah pulak third language bahasa tuh. Mana aku tau. Act phrase2 tu tak dalah kena mengena sangat dengan apa aku nak bebel ni, tapi kena jugaklah because aku put an effort jugak lah untuk capaikan hasrat aku [nak jugak]. Whatever it is, my point is never give up la. Doesnt mean you failed once and it goes on till your last breath. What's for sure, the best is yet to come. Tau tak muqadimmah pasal apa yang aku karut karat nih? Tak nak tau? Ah tak da. Baca ni. 

Long story short, dalam banyak2 kerja yang aku apply, salah satunya dekat kedai Tutti Frutti Presint 15. Actually not exactly apply, cable je pun. But not really cable. Cable tersebut telah mencadangkan nama aku dekat manager dia la tu je. Well, hari selepas aku berkabung tak dapat proceed kerja Secret Recipe tu, I got another phone call. And this time from Tutti Frutti. They asked me to attend an interview on the next day at 1500 yakni 3pm. Once sampai je dekat Tutti Frutti tuh, bukak je pintu kepala semua dok menoleh....


Ok agak penuh and nampak la beberapa muka2 budak2 lepasan SPM tengah isi2 borang dekat meja2. [agak2 diorang piker aku sespisies diorang tak? keh3 hello! Part 3 on the go! kbye]. Then, adik Tutti Frutti tuh dengan sopan santunnya tanya aku sama ada akak ni warga yang attend for interview or what and dihulurkannya 1 borang minta kerja. Muke aku dengan condifentnya "...dah isi dah...". Tapi piker2 balik, cable yang tolong aku haritu mintak IC and address aku je. Tak kan dia tembak nama mak ayah aku num reference segala kot. Hebadh! Rupa2nya bila dijelaskan, nak taknak kena isi borang tuh jugak same like the others yang tengah isi borang ala2 masuk peraduan siapa menulis paling pantas tu. So dengan muka tak malunya pergi lah buat muka seposen mintak borang tuh balik.

Lebih menggedikkan lagi keadaan apabila dia nak fotostat IC pulok dohh. Dengan tergedik2nya aku berlari ke kedai fotostat terdekat untuk copy kad yang memaparkan butir diri aku serta muka aku yang tersengih sakai tu. Setelah beberapa minit membuang masa dekat kedai fotostat tu, setibanya aku dekat Tutti Frutti, I could only see 3 lounging crew members at the counter, 4 static ice-cream machines, talk-to-the-hand television and a lady sitting alone at a table. In other word, kedai tu dah lengang la orang semua dah balik. Huhuhu saje kona2 ayat jap. Maka aku dijemput untuk interview bersama the loner lady just now tu. Gedebak gedebuk macam2 la dia soal. The deyym part is when dekat column "Experienced jobs" tu, aku isi la nama2 kedai yang aku dah pernah kerja sebelum ni. Bajet lidah orang puteh sangat kan, ni lah padahnya. Dengan keyakinan yang menggunungnya tertulislah "..reason leaving the job - persue my studies..." 


 
Spell It Right - disqualified!    

Puan tu dengan gaya guru cemerlangnya ambil pen dia... persue pursue . K foinnee. Back to the soal jawab, daripada gaya dia soal jawab nampak dah dia nak psycho aku. "...1 machine yogurt tu memerlukan 5 baldi untuk cuci setiap hari. Since ada 4 machine, larat ke awak nak angkat 20 baldi sehari?.." dengan toyenya ku menjawab "....masa kerja Carrefour as cashier dulu customer beli beras 10kg berkampit2, air mineral 40 gallon x20, berotot2 jugak saya nak sumbat masuk plastik. So rasanya tak da hal kot..." ;) [padahal 3hari kerja cashier tu dah cabut. keh3]. Pung pang pung pang soal jawab, kami pun bersalam2an bermaaf2an aku pun pulang. 

Tepat pada jam 4.35pm, suara John Cena raping megah berkumandang dekat handphone. Aku nampak nama Tutti Frutti terpapar incoming call. Sungguh tak ku sangka "....Nurdiyana? haa kami telah pilih kamu untuk bekerja, esok2 kami telefon semula untuk inform start kerja bila ok.tq...."

God bless youuuu!!
So, just wait for the phone to ring again then ;) hehe. Beriya jawab kan. Sekali "..oh kitorang dah pileh orang lain. Ko cari kerja lain je lah ye. kbye..." fuuhhh. Memang wa belasah dalam kereta ramai2. Wakaka. Tapi andai kata benarlah dialog itu terjadi, fine then. Jodoh tak sampai lagi la tu. Tapi sah lah rezeki tu main nyorok2. Tak ada dekat Alamanda sekali nuuuhh haa menyorok dekat Presint 15 tu. In a nutshell, He plans better than what we hope for. Syukur alhamdulillah. Especially to Imran Bukhari the cable guy haha. Thanks a lot man. :) payung yogurt 100g cukup en? Hahaha. Well, that's all for now folks. Have a nice day! ;)

Contoh je. Yang aku bakal kerja tu tak la segempak ni
  

Saturday, 7 April 2012

Bye2 job sob2

Salam alaik~

Setelah survey ke sana ke mari, buat muka seposen dari kedai ke kedai, pusing tawaf 1 Alamanda, ada lah beberapa kedai aku dah isi borang kerja. Ala, beriya isi borang pun bukan semua nak rodger hire kerja pun. Kadang2 saja hulur borang tu nak jaga hati orang yang datang mintak kerja tu je. Tak pun kalau dah malas sangat mention je "..sorry dah full.." padahal borang kerja kosong setebal2 alam dalam drawer. Because I did once! kihkihkih..

Dah2 sebelum aku membebel lagi jauh, back to the topic. Keesokan hari aku survey kerja, I got a phone call from Secret Recipe to attend an interview on 5pm. Wee! Bila dah sampai Resipi Rahsia dekat Alamanda tu, aku nampak ada 2 orang muka macam agent CSI dok bincang pasal dead body dalam 1 ruang makan VIP. Meja ala2 meja minit mesyuarat sidang menteri2 wilayah. Dengan lampu mentol tergantung atas siling. Rupanya diorang tu orang atas Secret Recipe la. Dalam masa yang sama ada lagi sorang lelaki menyandang beg turut masuk dalam bilik tu. Nampak gaya macam nak kena interview macam aku jugak. Last2 aku kena panggil masuk dalam bilik tu jugak. Ada sedikit kekeliruan di situ apabila orang yang call kitorang untuk datang interview tu kata actually bukan datang Secret Recipe Alamanda but Secret Recipe Masjid Putra. Ponadoiii... =_="


yallleeheeeehuuuu...

Lepas dah explain panjang lebar, rupa2nya Secret Recipe dekat Alamanda tu dah full. Franchise diorang yang dekat Masjid Putra yang sebernarnya kini sedang memerlukan lagi 4 umat untuk cukupkan saf. Since aku merupakan anak kepada parents aku, maka aku kenal sangat lah parents aku. Kalau aku inform je "...tak boleh. bahaya lengang tempat tu!.." Tambahan pula manager tu dah bagitau awal2, so far pekerja2 dekat Secret Recipe Masjid Putra tu semuanya chromosome XY. Kiranya aku lah satu2nya chromosome XX kalau aku bekerja di situ. Gedebak gedebuk soal jawab semua, ikutkan aku dah boleh start kerja 11.4.2012 ni. Malangnya and as I have expected........

Tempat tu lengang! Banyak pekerja Bangla!
Sebagai seorang anak yang solehah, aku hanya bidas 2 kali jela. Akhir sekali aku akur jela. Karang tak berkat perjalanan aku ke Masjid Putra tu. Huhu. So, sekarang ni tinggal kena call Abe [bukan nama sebenar] tu jela, susun la ayat mana patut untuk tarik diri. Meanwhile....
 
Berangan : "...ohh kalau macam tu tak apalah. Kami akan campak sorang pekerja kami pergi Masjid Putra and you datang kerja dekat Alamanda ni ok?..." 

suwiiitttt!!
Hehehe. Whatever it is, maybe ada hikmah di sebalik sesuatu perkara tu dop? Plus, never mind. Ada la tu rezeki main nyorok2 dekat mana2 tu. Kejap2 lagi jumpa la tu. Hehe wish me luck! and thanx for reading!

Thursday, 29 March 2012

Branded vs Cap Ayam

Olla readers~


Currently it's 4 in a morning. Still wondering why haven't sleep yet......
Dah puas membuta dari Maghrib sampai ke tengah malam. Mana tak segarnya mata. Huhu bagi memangkin mata ni supaya tidur, ingat membebel la dalam blog ni kejap kot2 terlena. So what's the story? Well, this is how it goes.........fuhhhhh~


This morning I went to a nowhere shopping mall. It was unfamiliar since I've never been there before. Ala tapi kedai2 dia jual barang2 murah2 la. Area2 Setiawangsa nak ke KL gitu. Barang2 dia semua cap2 ayam. Like jam Mike, baju Wango, Puma into Tuna, Gucci turns into Cucci lah basuh lah sental dan sebagainya. Kalau aku owner Nike, mau trauma nak pergi shopping mall.



Huhu next, I went to Sogo. Maybe dah lama tak pergi kedai branded and dek terbiasa shopping dekat pasaraya U Mart, pasar malam, pasar tani, kedai RM2 and what not, bila belek je harga dekat kedai mahal2 tu, semuanya taknak kalah. Lagi bengang tu bila mencapai angka 5 digit. (including cents). Padahal design gitu bersepah je dekat kedai baju Ibrahim Anak-beranak. Bila tengok harga dekat kedai memahal nih, rasa macam nak pergi dekat akak yang handle kedai baju tuh......

Tak reti murah siket ke!
     
Tapi tak boleh laa fiker macam tuh. Tuh tak faham Marketing maknanya tuh. Because as the quality is higher then the price should be commensurate with the quality. Tettt! Enough with Marketing.


Aku tak tahu pada pendapat orang lain, but to me, I more prefer to barang2 ciplak or usually known as barang2 cap ayam la. Beberapa faktor yang membuatkan aku menjadi makhluk sebegini rupa adalah salah satunya yang paling logik sekali is aku seorang yang serabai, cincai dan boncai. Like a watch, gelang or cincin, since aku seorang yang sangat lalai dan nyanyok, aku kerap hilang barang. Especially masa amek wudhuk dekat surau awam, dekat kedai makan, even bilik aku sendiri! So dengan membeli barang murah, kesedihan yang melanda tak berapa nak rasa sangat la since realized that the watch just cost me RM10. Paling2 pun bergelinang air mata je. Sob2. Same goes to shoes. Tiap hari aku tidur nak dekat 1/3 malam time2 afdhal buat solat tahajjud tu, effectnya bangun pagi aku jalan ngensot kaki. Tambah lagi dengan jungle tracking along the way pergi kelas. Hence, kasut aku cepat haus and putus. Dengan itu kasut aku cepat barai! Dibuatnya kasut mahal tak ke meraung. Faktor seterusnya adalah aku bukanlah anak dato' Tan Sri yang berhormat mahupun Yamtuan Antah apa entah belah Pepatih Puteh ke hape. Saya hanyalah orang yang sederhana sahaja. ^_^ mak kite kata kene tawadhuk! keh3 takda tawadhuk2 benda fakta. So sebagai anak yang tawadhuk lagi bakhil, aku akan target barang2 yang murah bagi menjimatkan kos yet dapat beli pelbagai barang dalam bajet yang rendah! In Economics you can find this situation in consumer behaviour chapter in sub topic of Straight Line Curve. *SLAP! SLAP! Enough with Eco. 

But in terms of quality memang tak boleh deny la. Kalau barang cap ayam ni tengok nasib la. Pandai jaga lama la tahan. Like my watch that I bought at KL Sentral *Fyi Swatch okayyyy. Kau ado? :p * yang berharga RM10, riwayatnya tamat setelah aku guna selama setahun. For an inferior stuff kira hebat la tu. Lagi hebat tu bila dah masuk air hujan, air longkang, kuah kari yet still boleh tahan setahun. And last but not least is kalau dah nama tiruan, of course la designnya lebih kurang je dengan design barang ori :) Murah2 pun tapi pandai pileh la der. Jangan la yang berhabuk2, jenama dah besar2 tulis CAP AYAM tu pun pergi sapu. Jatuh la saham. Kita tak lupa juga pada appearance barang tu, pilihlah dengan cermat supaya boleh membuatkan kita jadi mak datin celup. Huhu my favourite part is when....Omagashhh dina cantik la kasut kau, Vincci? Ya rabb, cardigan tu beli dekat mana? MNG? Kasut tuh smart la dinaa. How much? Mahal eh..Hehe well ladies, that's what we call optical illusion! Haha. Alhamdulillah laa kalau barang2 tu nampak cantik di mata orang. Namun faktanya masyaAllah. Stock2 ciplak je pun. Tak dop gapo nok bangge pom.

In a nutshell, tak kesah la barang hape pun korang pakai, berapa hengget pun korang beli, cane meriah pun barang you alls, just wear anything as long as it fits you, not againts the syariah *padahal beriya je pakai sendat* and if you think it suits to your image, just wear it. Beli barang mahal in sake of quality lain cerita. But spend thousand of Ringgit to buy expensive stuff in sake of nak tayang kau anak Datin Maimun or segan nak beli barang murah lah tak ada klasss lah and etc that are all rubbish! There's no such thing. Asalkan kau selesa and nampak cantik sudeh. Plus, kecantikan bukan dari cara kita bergaya or what tapi datangnya dari hati yang suci :) *motif?

Ohh tu dia azan subuh sudah berkumandang. Huhu hayya ala solah~ ;)                  

Wednesday, 28 March 2012

Penganggur Separuh Masa

Hallooowww~


Bersawang2 dah blog aku ni. Berapa abad dah tak update. Hee maklum la. Exam. (tangan di bahu mata ke atas, bibir senget sket). Haha whatever it is, saya sudah bebas dari exam! exam...exam... ada dengun. Hehe

Well, almost whole UiTM students are starting menganggur sekarang. Ada la beberapa course belum habis lagi. For example program Office Management, Accountancy dok menghuni lagi dalam hutan kelapa sawit Jengka nuh. Kih kih kih. Saba la ye dik. Esok2 habis ler tu. 
Huk2 bila nak habis exam ni.

Anyway, kami pelajar2 UiTM akan tanam anggur selama 60hari++. Buah2nya akan mula dipetik pada 11hb Jun akan datang nanti. Hee in other word start sem baru la. So sekarang ni dok fiker menda laa yang aku nak hadap selama 2bulan lebih ni. Duduk rumah memang tak la. Dah la lupa cucuk movie, series, game dari membe. Kalau tak at least boleh laa aku menghapal siket skrip movie2 tuh 2bulan ni. Maka dengan itu aku dah buat keputusan nak pergi cari nafkah untuk keluarga. Wakaka. Tapi persoalannya.........nak keje ape?

hmm..
Entah laa. Anything as long as halal. Ehem ;) Tak lain tak bukan port yang paling logik aku kerja is dekat Alamanda lah kot. The one and only shopping mall dekat Putrajaya. noob..  ^_^ wakaka. Ok laa daripada tak ada tempat nak bersuka ria langsung! Tapi tak tau apsal, bila cakap pasal nak kerja cuti 2 bulan nih, zupppp! Terus terlintas dalam minda..



Entah apa motif ayam tuh muncul dalam kepala aku pun tak tau. Takda lah cun mana. Haha. Actually, motif sangat aku terkenang kedai ayam nuh. Because membe aku pernah kerja Nando's and rajin buat OT. Tambah tolak darab bahagi sama dengan RM1200++. Boleh tahan masyuk la. Dapat makan ayam lagi. Hee. Tapi penat dia pun masyuk gak laa. Hahaha. Tapi kalau fiker penat, kerja menda yang tak penat dop? Orang sapu sampah yang kununnya kerja paling cikai tu pun balik umah telan panadol active-fast sepapan. Fa innama'al usri yusra ;) ceh2.

What's for sure, lepak terbongkang 2minggu tu wajibul ghunnah. Penat der perah otak time exam. Pagi petang siang malam adoii. Cerita nak bomb. Padahal esok nak paper turun KL. Tak sayang nyawa. Hahaha. Frankly, dalam happy2 dok bercuti ni, hati ni still lagi tak sedap duduk terkenang result nanti gi mana. Kira kebahagiaan dalam kerisauan la. Because exam hari tu pun 3 paper yang mission agak impossible nak capai - CTU151, ECO162 & ACC 116. 
Bukak je kertas soalan, it wus like.....

DEEEYYYMMM!
What ever it is, I wont let those worries interrupting my honeymoon! Benda aku dah buat, I've done my very best, and tawakaltu alallah. Huu apa nak jadi jadi lah. Paling koman pun 3.0 laa. Plizzz3 T~T. Huhu. Apa2 hal happy holiday to all especially UiTM students, jangan nakal2, jangan ada yang tak da kepala balik u nanti. Huhu and may Allah bestow the best result for us kay. Aminnnn. Guess that's all for now. Toodles~
    

Tuesday, 20 March 2012

Internet ohh Internet

Kok menang siput dari kamu wahai internet yang lembab. Sekian. :)

Friday, 17 February 2012

Thursday, 9 February 2012

Ongg Gedek Gedek

Semalam berlangsungnya Festival Filem Pendek UiTM Jengka 2012. Ala-ala Anugerah Skrin gitu. Hehe. Cerita nak bom je. Act it is a competition organized by Kelab Estetika Budaya (KEB) that is to create a short drama or documentary or anything laa as long as filem pendek yang tidak melebihi daripada 20minit. Ke 30minit. Macam tu laa. And function malam tu adalah untuk beri anugerah kepada pemenang2 ikut kategori like Suntingan Filem Terbaik, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik and etc. Dan kami, kelab koir, telah diundang untuk membuat persembahan bagi pembukaan event tu. Plus, koir pun under KEB. Macam2 la persembahan ada malam tu, especially sub-club under KEB tu such as koir and nyanyian. A bit disappointed laa tarian tak buat persembahan. Because tarian punya show kinda interesting to me. So agak mengharap laa awalnya tu. 




The voices. Huhu 

With Saloma. Haha
Tema for this festival is "Tribute to P.Ramlee". So kami pun dress up laa ala-ala pop ye ye 80an gituu. In the picture above is not Saloma (daaa =_=") but our koir instructor, Miss Shikin. Dia lah yang telah membantu kami dalam mengalunkan lagu2 yang dipersembahkan malam tu. Another backbone for the choir is Misz Nina.

Meet our Misz Nina. Huhu
Dia lah orang yang telah membanting tulang, bersengkang mata (nampak gayanya la haha) dalam menghandle kumpulan koir ni. And she is very active. Sekejap kelab koir, kejap lagi melompat handle pasal kelab MPP pulak, kejap lagi kelab lain lagi. Tapi yang aku respectnya, walaupun banyak kelab yang dia join yet she still can manage her time wisely and give her full commitment towards koir. She always punctual. So far tak pernah lagi laa tak nampak muka dia setiap kali pergi latihan. Wajib akan nampak dia duduk depan laptop dia sementara tunggu the choir members sampai. Tabikk springgg laa Nina! (ambil hati siket ;p) Haha. Just kidding. I mean it ok. :)


With Misz Nina. Huhu

Ok back to the topic, hmm. Resultnya, koir semalam..Zzzzz. =_=". Haha. No lah. Not that bad laa. Mengantok jap tengah menaip ni. Koir semalam ok je. Just teknikal dia la. "Advance" sangat. Haha. Mula2 dah gempak dah. Kitorang the choir members ready belakang tirai, then tirai slow2 terbukak, tepukan gemuruh daripada penonton, bila start je nyanyi........kreek....kreek...kreek.... Haha. Just kidding. Ok je. Just tiba2 entah alunan gemersik daripada mana entah tibe2 berkumandang. Ada siapa entah orang teknikal tersungkur kot, accidently ter-play muzik mana2. Kitorang pun syok sendiri laa nyanyi joget2 atas pentas. Duyaii. Tapi thank god sekejap jelaa. Then kami dapat meneruskan nyanyian dengan jayanya. Tak jayanya bila dapat tahu yang 3 microphone yang terpacak depan kitorang tu merupakan perhiasan semata2. =_=" . So suara kami dengar ala-ala radio volume 2 jela. Hehehehe. Tapi overall dapat komen yang memberansangkan lah dari penonton. Plus, cikgu Siti Hajar yang tenaga pengajar AF tu pun ada juga datang. Walaupun aku rabun, namun aku still nampak ada sorang wanita bertudung dekat kerusi VIP nyanyi sekali sambil tepuk tangan time kami membuat persembahan tu. It showed how she appreciated our performance. Thanx Siti Hajar :') huk3. 4 lagu berjaya kami alunkan - Bujang Lapok, Jangan Tinggal Daku, Yang Mana Satu Idaman Kalbu & Getaran Jiwa.

Overall, persembahan ok. Same goes to the other performance. Anugerah2nya pun ok la. Walaupun nominees dia pada awalnya orang yang sama je, tapi kemuncak event tu time last2 ok la. Nak2 bila anugerah keseluruhan dimenangi oleh cerita The Poverty. And the best actor (if im not mistaken), dimenangi oleh Syawal. He is soo damn good in acting. Cerita The Poverty tu pun very emotional and other than others la. Bila ditayangkan semula masa event tu, kalau hayati betul2 boleh menangis kot. Tapi segan. Keliling kelalang ramai orang. Sob2. Cover tabah. Huhu 

Syawal. Dia berlakon baik punyaaa

Itu sajelah laporan buat kali ini. Saya Dyana Singh Walia, TV3. Hehe. And what's for sure, that night was great! About the fishy thingy pasal koir tuh, nyaa! For the 1st timer, ok standard laa tuh. (sejukkan hati ;p) 

Journey of a thousand miles begins with a single step
Ada gaya P.Ramlee tak? Hehe ;)

Thanx for reading! Have a nice day!