Assalamualaikum
Setelah sekian lama mengidam akhirnya tertunai juaaa!!!
 |
| how me sexy.. |
I got this beautiful from Abang Burn Burger Bakar dekat cawangan dia yang dekat Kajang-Bangi. How does it taste? Yup, tak dinafikan, sangat sedap. Nak2 memang sengaja melaparkan perut dari siang for the sake of this thing! Kedai dia bukak pukul 5 petang. Senang sikitlah nak dapat as compared to Burger Kaw Kaw yang mula beroperasi pukul erm lepas Maghrib tak silap. Tapi yang pasti malam la. Untuk anak yang solehah macam aku [bluekk] yang tak boleh balik lewat, kalau mengidam burger bakar, sila lah ke burger bakar Abang Burn. Gambar dekat atas ni nama dia set Burger Cheese - Beef. Memang silap la aku pilih cheese. Aku merupakan manusia yang cepat muak. Awal2 makan tu memang tahap kerakusan 120km/j. Dah tinggal separuh tu terus 30km/j je. Muak jugak la dengan cheese plus mayonis dia. Burger dia pun besar bapaknya. Patty dia la terbaik setebal kamus Oxford Dwibahasa tu. Harga dia pun okayla untuk dimakan seminggu sekali. Dia banyak lagi set lain, ada yang mencecah harga RM 20an. Macam aku punya set tu okayla RM10. Beza set dengan tak set tu just sosej dia tu je. Dalam gambar nampak mengancam gila tapi faktanya its just hotdog sekolah tu je yang ditaburi mayonis nan enak. Overall, memang sedapla. No wonder la orang beratur panjang lebar. Time aku sampai pukul 4.45pm tu pun orang dah ramai. Masing2 dah get ready in position.
 |
| set beef cheese.. |
So, berminat? Pergilah GPS burger bakar bederkatan! Enjoy your burger! ^_^