Diyana

Sunday, 18 November 2012

Finally!

Assalamualaikum

Setelah sekian lama mengidam akhirnya tertunai juaaa!!!

how me sexy..
I got this beautiful from Abang Burn Burger Bakar dekat cawangan dia yang dekat Kajang-Bangi. How does it taste? Yup, tak dinafikan, sangat sedap. Nak2 memang sengaja melaparkan perut dari siang for the sake of this thing! Kedai dia bukak pukul 5 petang. Senang sikitlah nak dapat as compared to Burger Kaw Kaw yang mula beroperasi pukul erm lepas Maghrib tak silap. Tapi yang pasti malam la. Untuk anak yang solehah macam aku [bluekk] yang tak boleh balik lewat, kalau mengidam burger bakar, sila lah ke burger bakar Abang Burn. Gambar dekat atas ni nama dia set Burger Cheese - Beef. Memang silap la aku pilih cheese. Aku merupakan manusia yang cepat muak. Awal2 makan tu memang tahap kerakusan 120km/j. Dah tinggal separuh tu terus 30km/j je. Muak jugak la dengan cheese plus mayonis dia. Burger dia pun besar bapaknya. Patty dia la terbaik setebal kamus Oxford Dwibahasa tu. Harga dia pun okayla untuk dimakan seminggu sekali. Dia banyak lagi set lain, ada yang mencecah harga RM 20an. Macam aku punya set tu okayla RM10. Beza set dengan tak set tu just sosej dia tu je. Dalam gambar nampak mengancam gila tapi faktanya its just hotdog sekolah tu je yang ditaburi mayonis nan enak. Overall, memang sedapla. No wonder la orang beratur panjang lebar. Time aku sampai pukul 4.45pm tu pun orang dah ramai. Masing2 dah get ready in position.
set beef cheese..

 So, berminat?  Pergilah GPS burger bakar bederkatan! Enjoy your burger! ^_^

Saturday, 17 November 2012

VCSP '12 Ganu kite'e

Assalamualaikum..greetings peeps!

http://amnan85.ads4blog.net/files/2010/01/ganu-kite-300x260.jpgIngatkan habis je final exam boleh la golek2 dekat rumah dengan aman dan sentosanya. Malangnya nawaitu terpaksa dibatalkan. Semua gara2 kem kepimpinan or nama formalnya VCSP tu! Apakah? VCSP tu kalau nak tahu maksudnya Vice Chancellor Special Programme. Program ni kira special untuk UiTM students sajoo. U lain tarak. bluekk :p Haha. Ala bukan apa pun, just a programme yang merangkumi LCCEET. Kejadahnya pulak tuh? LCCEET tu aku lupa exact meaning dia tapi stands for beberapa point la like Leadership, Creativity and critical thinking, Communication, Entrepreneur and Teamwork. Macam tu la. Patutnya maksud dia panjang lagi tapi memory aku berapa mega byte je time tu so tak berapa ingat sangat. Well, time dapat phone call nak inform yang aku kena join benda ni perghh. Gila lemaunya. Nak2 benda ni betul2 time cuti start. Tapi takda hal la. Because benda ni diadakan dekat...Ganu!  weeheeehee.. benda pertama sekali yang menyejukkan hati aku adalah, keropok lekor! Yang bestnya sampai2 dah nampak dah pantai dia. UiTM Dungun pun cantik sajo. 1st night tu masing2 dapatkan kit dulu. Dalam kit tu ada satu file, dalam file tu pulak terselitnya nama nogori. Macam aku, aku dapat nogori Terengganu. Tuang rumah youu. So, aku punya group nama negeri Ganu. Kira students were divided into 13 groups la. Wilayah tak main. Motif dia supaya budak2 bercampur la sikit. Takda la kau datang jauh2 nak berkepit dengan member UiTM kau je. Haha. As usual, masuk je group, semua muka 10sen je. Hahaha. Tak kenal siapa2 terkebil2 je semua. Ambil masa dulu la. Alhamdulillah, hari pertama je sopang sangtung semua. Hari kedua ketiga huru hara, parteyy! Besides that, kitorang jugak diberi case study. At the same time ambik kit tu jugak students kena cabut 1 kertas yang menunjukkan kita case study no berapa. Macam aku, aku dapat case number 7. Means, dalam program tu kita ada 2 group la. 1 group nogori, 1 lagi group Case Study. Motif dia? Supaya kita pandai manage masa and manage the given tasks wisely. Especially a night before pantomime, semua tidur pukul berapa hentah. Pukul 3 pagi macam baru lepas Maghrib je. Esok tu sampai beberapa kali announce suruh peserta2 turun ke dewan dengan segera. Punyalah ramai terbongkang lagi. Overall semuanya berjaya disettlekan dengan jayanya. And paling penting, group members semua terbayekkk!

Na na na na Ganu kita'e!

Group Study Case 7!
So overall, it was fun and it was an enjoyable experience for us. So, for those yang berminat nak join this programme, aktif2kanlah jasadmu ke dalam klab2 or persatuan2 like MPP or JPK and etc. Like me, I join benda ni under Kelab Estetika Budaya. Or another alternative, there must be some selected participants yang tak dapat join. Dengan itu, pergilah jadi sukarelawan dengan menggantikan tempat penarik diri tu. That's all for now!