Diyana

Sunday, 18 November 2012

Finally!

Assalamualaikum

Setelah sekian lama mengidam akhirnya tertunai juaaa!!!

how me sexy..
I got this beautiful from Abang Burn Burger Bakar dekat cawangan dia yang dekat Kajang-Bangi. How does it taste? Yup, tak dinafikan, sangat sedap. Nak2 memang sengaja melaparkan perut dari siang for the sake of this thing! Kedai dia bukak pukul 5 petang. Senang sikitlah nak dapat as compared to Burger Kaw Kaw yang mula beroperasi pukul erm lepas Maghrib tak silap. Tapi yang pasti malam la. Untuk anak yang solehah macam aku [bluekk] yang tak boleh balik lewat, kalau mengidam burger bakar, sila lah ke burger bakar Abang Burn. Gambar dekat atas ni nama dia set Burger Cheese - Beef. Memang silap la aku pilih cheese. Aku merupakan manusia yang cepat muak. Awal2 makan tu memang tahap kerakusan 120km/j. Dah tinggal separuh tu terus 30km/j je. Muak jugak la dengan cheese plus mayonis dia. Burger dia pun besar bapaknya. Patty dia la terbaik setebal kamus Oxford Dwibahasa tu. Harga dia pun okayla untuk dimakan seminggu sekali. Dia banyak lagi set lain, ada yang mencecah harga RM 20an. Macam aku punya set tu okayla RM10. Beza set dengan tak set tu just sosej dia tu je. Dalam gambar nampak mengancam gila tapi faktanya its just hotdog sekolah tu je yang ditaburi mayonis nan enak. Overall, memang sedapla. No wonder la orang beratur panjang lebar. Time aku sampai pukul 4.45pm tu pun orang dah ramai. Masing2 dah get ready in position.
set beef cheese..

 So, berminat?  Pergilah GPS burger bakar bederkatan! Enjoy your burger! ^_^

Saturday, 17 November 2012

VCSP '12 Ganu kite'e

Assalamualaikum..greetings peeps!

http://amnan85.ads4blog.net/files/2010/01/ganu-kite-300x260.jpgIngatkan habis je final exam boleh la golek2 dekat rumah dengan aman dan sentosanya. Malangnya nawaitu terpaksa dibatalkan. Semua gara2 kem kepimpinan or nama formalnya VCSP tu! Apakah? VCSP tu kalau nak tahu maksudnya Vice Chancellor Special Programme. Program ni kira special untuk UiTM students sajoo. U lain tarak. bluekk :p Haha. Ala bukan apa pun, just a programme yang merangkumi LCCEET. Kejadahnya pulak tuh? LCCEET tu aku lupa exact meaning dia tapi stands for beberapa point la like Leadership, Creativity and critical thinking, Communication, Entrepreneur and Teamwork. Macam tu la. Patutnya maksud dia panjang lagi tapi memory aku berapa mega byte je time tu so tak berapa ingat sangat. Well, time dapat phone call nak inform yang aku kena join benda ni perghh. Gila lemaunya. Nak2 benda ni betul2 time cuti start. Tapi takda hal la. Because benda ni diadakan dekat...Ganu!  weeheeehee.. benda pertama sekali yang menyejukkan hati aku adalah, keropok lekor! Yang bestnya sampai2 dah nampak dah pantai dia. UiTM Dungun pun cantik sajo. 1st night tu masing2 dapatkan kit dulu. Dalam kit tu ada satu file, dalam file tu pulak terselitnya nama nogori. Macam aku, aku dapat nogori Terengganu. Tuang rumah youu. So, aku punya group nama negeri Ganu. Kira students were divided into 13 groups la. Wilayah tak main. Motif dia supaya budak2 bercampur la sikit. Takda la kau datang jauh2 nak berkepit dengan member UiTM kau je. Haha. As usual, masuk je group, semua muka 10sen je. Hahaha. Tak kenal siapa2 terkebil2 je semua. Ambil masa dulu la. Alhamdulillah, hari pertama je sopang sangtung semua. Hari kedua ketiga huru hara, parteyy! Besides that, kitorang jugak diberi case study. At the same time ambik kit tu jugak students kena cabut 1 kertas yang menunjukkan kita case study no berapa. Macam aku, aku dapat case number 7. Means, dalam program tu kita ada 2 group la. 1 group nogori, 1 lagi group Case Study. Motif dia? Supaya kita pandai manage masa and manage the given tasks wisely. Especially a night before pantomime, semua tidur pukul berapa hentah. Pukul 3 pagi macam baru lepas Maghrib je. Esok tu sampai beberapa kali announce suruh peserta2 turun ke dewan dengan segera. Punyalah ramai terbongkang lagi. Overall semuanya berjaya disettlekan dengan jayanya. And paling penting, group members semua terbayekkk!

Na na na na Ganu kita'e!

Group Study Case 7!
So overall, it was fun and it was an enjoyable experience for us. So, for those yang berminat nak join this programme, aktif2kanlah jasadmu ke dalam klab2 or persatuan2 like MPP or JPK and etc. Like me, I join benda ni under Kelab Estetika Budaya. Or another alternative, there must be some selected participants yang tak dapat join. Dengan itu, pergilah jadi sukarelawan dengan menggantikan tempat penarik diri tu. That's all for now!



Saturday, 22 September 2012

Mengidam

Assalamualaikum..

Sekian lama aku menanti, namun jodoh kita masih lagi tak ditakdirkan bersama. Tatkala ku kenangi, bila agaknya akan kita mampu bersua...

ohh burger bakar..
Well, aku merupakan makhluk yang minat jugak lah burger2 ni or spesis2 yang daging dicelah2 himpitan roti or biskut and etc. As long as berdaging. Lagi 1 aku pantang tengok satu kedai tu ramai orang beratur, haa lagi la menggediknya nak pergi join sekali. Teknik ni kerap dilakukan bila berada di bazar ramadhan. Gara2 malas nak pikir kedai mana sedap, so lahirlah hypothesis syok sendiri  - "...Jika lajur bilangan manusia di hadapan kedai tu panjang, maka comfirm2 la makanan pakcik kedai tu menggiankan.." =) Talk about burger bakar, I wonder how does it taste. Is it that dayyuumm delicious yang sampai orang sanggup queue beberapa kilometer and tunggu beberapa jam. Ada jugak aku dengar yang datang amik angka giliran then boleh balik rumah sembahyang maghrib dulu then mai kedai semula. Tapi kalau dah majoriti berkata sedemikian sah2 la sodap bebenor burger tu kot. Malangnya, walaupun dah bersepah2 orang menzahirkan fakta betapa sedap lemak berkrimnya burger bakar tu, namun masih ada lagi manusia yang noob tak pernah melahabnya lagi iaitu...
aku..

First time dengar desas desus burger bakar ni biasa2 lagi. Teringin tu ada tapi tak lah meroyan sangat. Start meroyan tu bila sekali tu pernah dekat Twitter kecoh burger bakar RM1 promotion sempena hari raya. ADOII! Bila aku kaji selidik, rupanya asalnya burger bakar ni dipublished oleh satu company named Kaw Kaw dekat Wangsa Maju. Then come out another burger bakar competitor named Abang Burn dekat Taman Dagang, Ampang sana tu. Bagi mengelakkan graph ekonominya merudum, Kaw Kaw pun bukak jugak la dekat2 area Abang Burn tu tak silap la. And then kedai lain pun ada jugak try wujudkan burger bakar tapi tak se kick Kaw Kaw tu la. Ah tak kisah lah dari mana burger tu wujud, yang penting aku nak try burger bakar tuh! Like seriously, teringin gila oh. Nak2 spesis karnivor macam aku ni. Haha. Siapa2 yang nak pergi singgah burger bakar tu rodger2 lah ye. Hadiah lumayan menanti anda yang berjaya bawak aku pergi rasa benda alah tu. Nak tengok betul ke burger bakar tu segadang yang diperkatakan or selampai gambar yang terpapar kat atas tu. Haha. Wish me luck~


  

Wednesday, 19 September 2012

FESMA


Assalamualaikum...

Here they are. The atmosphere during FESMA.

<3 you guys =')
The flash mobs. Hoyeahh
The Flash Mob and the Brassband.

Unfortunately, tak ada pula gambar with Brassband. ='( That's too bad. But it's okay. At least pecah rekod jugak la by performing together. Huhu thanks a lot guys! InsyaAllah combine again next time okay. Overall, the performances were awesome. With the voices, blowers, percussion, dance, aerobic and etc. Yang Flash Mob tu dah macam tengok Step Up 3D dah. Haha Malaya version. Dengan gendang gendut tali kecapi nya lagi. Whatever it is, my favourite part was when Brassband play lagu Fantasia Bulan Madu. Fuhhh... Walaupun 1malam je berlatih dengan diorang tapi uish. Irama dan lagunya melekat lah juga beberapa hari dalam kepala ni. Frankly it was beautiful. Amy Search sangat. Well done. =) About choir, ermm. Base just nice. Suprano, boleh tahan Ning Baizura jugak la. Alto to me..erm Ramlah Ram kot. Haha no lah. No matter la whatever error like terlari pitch sikit2 tu ke apa ke, what's for sure we had done our best and commitment kalian pun cukup bagi kerjasama and mengharukan. Tuhan jela tau guane mung2 semua doh selamakkn keadaan! Haha. So to me it's a stepping stones for us to go further. InsyaAllah. Finally, yang best part akhir jugak la. Di mana ada Wrestlemania di antara John Cena and The Rock. Ketika itu The Rock dipercayai chopped slam John Cena gara2 tak dapat kupon. Hehe tak adalah. Ada drama kejap part akhir tu for the sake of kupon. Yang tak syoknya, benda kejap je. Ish! Aku pantang bab2 berantakan di khalayak ramai ni. Excited oh. Tapi keadaan kembali tenang gara2 aku mengazan dekat telinga "The Rock" tu. Hahaha. chill kak ye. Dapat dah kan ;) Haha. Akhirnya dalam pukul 6 gitu, semua dah bersurai. Tu sajolah laporan untuk perasmian FESMA pada 9hb September yang lalu. Saya Diyana Singh Walia, TV3, Jengkalifornia.

                 

Sunday, 16 September 2012

Lucky day

Assalamualaikum..

Pada suatu hari, dalam sebok aku menyental pinggan dekat sinki tandas, tiba2 jiran depan bilik aku yang jarang sekali beramah mesra tiba2 menyapa. "Free tak malam esok?" aku dengan seribu satu alasan dalam kepala berbelah bahagi nak jawab ke tak. Mende laa yang dia nak aku cekau ni. "Ermm tak sure lagi la. Maybe bz kot. Kenapa ye?" Lalu dia mereply. "Betul2 la, free ke tak, nak bagi kupon free ni." Huhhh...telinga aku yang layu lemau sebelum tu tertegang subur selepas sahaja mendengar ayat hikmat dia tu. Nak dijadikan cerita, dia ni setiausaha blok J, blok kediaman siswi kami. Dia tengah nak cari orang untuk handle khemah bagi blok J sempena majlis Cahaya Di Aidilfitri yang bakal diadakan keesokan harinya nanti. Lagi nak mendongengkan cerita, dia perlukan 4 orang. Well, kami sebilik merupakan manusia2 yang sedang gian mengumpul kupon untuk stay dalam kolej sem depan. Betapa desperadonya kami, maka kami sahutlah seruan dia walaupun sedar yang esok test Finance yang tak belek satu hapak pun lagi tu. So, dia minta kami hias khemah tu esok dengan hiasan yang simple nyimple je. Tak payah nak retissss sangat katanya.

Namun yang menyedihkan keadaan is when we thought tugas kami just tayang muka jaga + agih2kan makanan untuk budak2 tu je nanti. Sampai sahaja kami dekat khemah tu keesokan petangnya, beberapa khemah nampak dah berdiri dekat gelanggang bawah dengan budak2 yang penuh semangat menghias khemah blok masing2 seakan2 ada pertandingan siapa memanjat khemah paling tinggi. Kitorang yang berbekalkan kertas minyak sahaja untuk hias khemah ni pun approach la kakak JPK tu nak tanya apa yang nak dibuatnya lepas ni. Dia dengan muka simpatinya bersuara "kertas minyak je??" Rupa2nya, ada pertandingan khemah tercantik and siapa menang dapat hamper + wang tunai. Allah..dengar je wang tunai..

walawehhhh...
Huhh agak2 berapa rat laa dia nak bagi. Huhu. Kitorang apa lagi, dengan tegarnya naik bilik gedebak gedebuk menyiapkan mana patut. Aku dengan semangat wajanya korek bawah katil cari crayon yang berkurun terdampar dalam beg galas. Siapa kata crayon just for tadikarians??? ;p

Jam dah pukul 6 lebih, khemah lain semua dah gilang gumilang. Yang kami dengan kertas minyak berlakarkan tulisan yang beraneka warna pasrah sahajalah. Menang2, tak menang..ah! nak duit!! Haha. Beginilah rupa hasil usahaku dan rakan2...

*berlatarkan lagu smurf*
Kanak2 tak kanak2, at least ada usahanya di situ ya. Ingat sental crayon tu senang ke?? Haha. Mengerah tenaga jugak la. So kami pun hiaslah dengan redhanya sambil dibasahi titisan hujan renyai2. Tanpa menghiraukan kilat yang sambar menyambar, demi kupon duit dan hamper, kami gantung and tepek lah mana patut...and walaaaa!

Haaa mapleh2 dua singgit dua singgit!
Warna warni di aidilfitri
Whatever it is, di tengah2 nak dekat hujung majlis tu, dalam kami sebok mengagihkan makanan pada budak2 yang kian menyerbu, tiba2 kedengaran dekat pentas tengah announce nama2 blok. Tertanya jugak, motif sebut nama blok? Penjaga khemah sebelah dah berlari2 naik pentas ambik hamper. Ok. Dengan pekanya pasang telinga, believe it or not

"...Tempat pertama jatuh kepada.....BLOK J!...."

Errkkk...ehehe..yeke?
Ok we won. Yes. We won. Hahaha! Sounds weird but we did it. Hahaha. And means we can go, SHOPPING!! Hahaha. But unfortunately...

kwangg kwangg kwang...
RM60? hmm RM15...jadilah...
whoyeahhh..

RM60 berserta hamper telah kami menangi malam tu. Haha tadahal laaa...gimik je. Tak batak sangat pun tapi alhamdulillah, tak sia2 kami gedebak gedebuk siapkan benda2 alah ni. Hehe. What's more important, we had a very good time and a very precious experience by joining it. Maka dengan itu, rajin2lah involvekan diri anda dengan aktiviti2 yang ada sementara masih gagah perkasa ni. Sesungguhnya pengalaman itu sangat bermakna dan bahagia. Nak2 bila kita sama2 nak siapkan kerja, diselang seli dengan lawak2 selenge masing2, at the same time belajar macam mana nak participate to solve things and get things done smoothly. To me it's waayy fun. =)
Tetamu2 yang hadir :-

kembar kat sebelah. haha
saat yang digiankan. haha
Finally, tak lain tak bukan, kupon! Haa beginilah rupanya betapa terdesaknya nak kumpul kupon. Macam pergi bertawaf ada jugak. And kami jua dapat apa yang kami desperadokan akhirnya. Haha. So far kami dah ada 15 kupon. 5 kupon to go to comfirm2 dapat kolej. Hopefully dapat laa duduk dalam sem depan. Amin. Well, that's all for now. Time to cabut banner and gulung tikar.

ermmm bubye..
  

Saturday, 15 September 2012

Life is not beauty, it's duty!

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni sempot yang amat. Ibarat berenang di tengah lautan yang tanpa ada dasarnya untuk aku menimbulkan muka mencari udara. A.Samad Said sangat. Pendek kata bz la.

About FESMA, alhamdulillah. Everything went smoothly and it was awesome. The combination of the bases, supranos, altos, suparjos. Not to forget the Brassband. Perghh. Beautiful. Thanks to those who gave priceless commitment at each night of trainings and tak jemu gave cooperation to accomplish the performance. =) Needless to say, aku dekat library skrg ni. And I'm seeking for gambar during the event to be inserted in this post from FB. Namun, zaman dah berubah, dunia dah maju..


Aloh pakcik library ni tau saje.

Whatever it is, berbalik pada tajuk, apa yang boleh aku concludekan, only one word - TOUGH. Hehe. It seems nothing but the word is wayy meaningful to me. Maybe it's normal to others, but to me, as a cookie rookie yang baru berjinak2 dalam dunia manage bermanaging ni, piuhh! Well honestly, handle an organisation is soo not me. Aku merupakan makhluk yang loading binti pending sikit bab2 aturcara, alert dengan rodger sana rodger sini and etc. Bukan sikit, tapi kerap jugaklah. I dont know la tapi frankly speaking, aku memang lemau bab2 leading and managing. Each time orang bagi aku instruction, aku akan dapat captured beberapa perkataan pertama dia je. Selebihnya, suara diorang makin kurang jelas dan ibarat dengar diorang membebel dengan kepalaku direndamkan dalam kolam.
"Masa event nanti awak kena buat tu buat ni dan kena...mumumomo"
It is not a piece of cake to gather orang ramai2, to cooperate, to give commitment, divide your time between studies and others. So, to be optimist, I take it as a challenge whereby boleh train myself to be more alert and discipline. [disiplin ke?] Serba sebanyak belajar la jugak jadi orang yang berfunction sikit. Hehe. Besides koir, dengan test quiz lagi and etc. Hmm. Tabik laa dekat mereka2 yang balance study dengan involve activities semua2 tu. I wonder how Najwa Latif can manage her time dengan nak SPM nya dengan sempat lagi berMuka Bulu and lain2. Kira hebat la tu. Lagi tabik dekat mereka yang sana sini muka dia yang handle event, sampai ke dinner Dean's List pun muka dia masih muncul as a guest di meja bulat yang terhidang lauk pauk tu. =D *clap3.

Another thing yang aku dapat from this tough atmosphere is, benarlah pepatah melayu - Nak seribu daya, taknak seribu dalih =) Dengan involve benda2 kejadah ni, I found that impossible is nothing and nothing is impossible. Pendek kata, if you want it, just do it. Haha. Tapi dengan syarat, never give up and always find solution to get through the obtacles. Quit will never help. So anything that coming to you, dont quit, but always adjust your gear from R to D! Vroom vroom. And jadikan ejekan + hanjengan orang tu sebagai turbo untuk korang speeding atas highway mencapai kejayaan ni. Haha yakni, make it as challenge to prove them wrong and you really2 can manage to do so. Memanglah achievement aku tak laa setinggi mana, takat settle event and settle jawab test je pong. Tapi anything that we do actually banyak boleh belajar and nampak it's bright side sebenarnya kalau diushar and amati betul2. Macam aku orang yang suka nilai2 benda cinonet buat jadi motivasi diri sendiri, minat laa benda2 gini. Hehe.

My last word, never expect life is a bed of roses. Memang la rezeki masing2 kan, maybe ada yang hidup senang sokmo tanpa onak duri ranting kayu dan sebagainya. Tapi even Donald Trumph pernah cp2 nak bankrupt. [apa kehenya?] Tak adalah, point dia, semua orang akan experience susah lah. Haha. Oklah, done merapu. Toodles~


 

Monday, 27 August 2012

Welcome back to the Jengle

Salam & greetings.

Really hate to say this typical words. But it's okay, just do so - "Pheww haven't updated my entry for soo freaking deyym long!" Haha. Bak kata Kak Dena Bahrin [ceh kakak ;)], banyak cerita nak diceritakan tapi dah basi. Well, let's skip to the latest part! Needless to say, Jengle up there is actually stands for Jengka+Jungle. Hua3. Enough merepeking.

Anyway, how was your raya? What? Really? Yeahh same to me thoo. -_-" [mende]
Mine was ermm okay laa. Quite okay. Erm not really. Err actually I cannot trace any raya pun. Haha because all I can see is :-

CUTI SEMINGGU ---> BALIK RUMAH ---> BALIK KG ---> BALIK RUMAH ---> JENGKA

So here I am. In the jungle of the middle of nowhere. How lifeless isnt it. Haha it's not that tedious actually. I'm just being exaggerate. It is fun but there's too much to mention and I dont feel like mentioning them. [motif sangat update blog] Haha. The major thing that makes me not really into my raya is because CHOIR. ;) Well, there will be an event in September at UiTM Jengka which called Festival Mahasiswa or simply known as Fesma. It's an event macam ala2 Kasima but full of activities la. It's not an event yang nak register clubs, organizations and what not as the exact Kasima tu. Plus, Black Mentor and Osbon will be invited to our campus for memeriahkan lagi majlis tu. Needless to say, I met Black Mentor at KL Festival recently and I sang Sofea Jane with him! [kbye].

Muka tahan kentzz je haha

Back to the event. Yang membuatkan aku chuak bin gelabahnya tu it's because our choir team will perform dengan iringan Brass Band. Bukan gelabah Brass Band nak bergendang gendut tali kecapi ke apa tak, just chuak because I have to convert a song into choir. A song which yang dah disign agreement and dicap mohor dengan Brass Band iaitu - Fantasia Bulan Madu. Pheeeewwitttt! ;) Haha. And it's gonna be a tough job and long journey to train those choir members. Just wish me the best okay. [hopefully tak kena boo dah] xP tettt!
 
Balek lumah! Balek lumah!
InsyaAllah mudah2an penonton lebih tenang ye kali ni. Haha tapi kalau kena jugak, tak mengapalah. Orang beriman memang sentiasa diuji ;p keh3! At the same time, as a student, the main duty here of course study kan. So, tak terlepas jugak la dengan quiz2 test2 yang bakal melanda. Maka dengan itu aku kena lebih bijaksana situ dan sini dalam menghandle my time management. Once again, insyaAllah, He will always by my side :') sob2. About kupon, dear Jengkalifornians yang menginap dalam kampus, inilah waktunya anda berlenyek2kan dan berhimpit2an untuk mengumpul kupon bagi memenuhi ruang2 yang nak ditepekkan dalam borang permohonan kolej tu hujung sem nanti. Jangan lepaskan peluang! Sebar2kanlah ye. [ye ye je aku ni, entah ye ke idok tak tau]. Alaa dah kata ada banyak aktiviti, of course MPP JPK kelab2 ceramah2 sana sini offer kupon. As usual la. So, manfaatkanlah sebaik2nya ye. Jangan dah hujung2 sem dok cilok mencilok, seludup2, scanning2 kupon and etc. [tapi kalau dah terdesak apa salahnya. Eh! xP] keh3. Okay lah. Tak tau nak huraikan apa dah. My last word is, bagi mereka2 yang berminat nak join Koir UiTM Jengka sempena persembahan Fesma nanti, silalah hadirkan jasadmu ke kelas Ilqam 5 pada jam 10malam pada 28,29 and 30hb August ni. Any kemusykilan just add my Fb or follow my Twitter [budak_gombak@hotmail.com] for further info. [dan2 je nak ramaikan follower padahal :p] ahakz. Just kidding. Takdalah, sekadar pengetahuan je kot2 terbaca and berminat kan. Tak nak kok ya uddeh. Gi main jauh2. Haha. Have a blast! :)