Diyana

Saturday, 22 September 2012

Mengidam

Assalamualaikum..

Sekian lama aku menanti, namun jodoh kita masih lagi tak ditakdirkan bersama. Tatkala ku kenangi, bila agaknya akan kita mampu bersua...

ohh burger bakar..
Well, aku merupakan makhluk yang minat jugak lah burger2 ni or spesis2 yang daging dicelah2 himpitan roti or biskut and etc. As long as berdaging. Lagi 1 aku pantang tengok satu kedai tu ramai orang beratur, haa lagi la menggediknya nak pergi join sekali. Teknik ni kerap dilakukan bila berada di bazar ramadhan. Gara2 malas nak pikir kedai mana sedap, so lahirlah hypothesis syok sendiri  - "...Jika lajur bilangan manusia di hadapan kedai tu panjang, maka comfirm2 la makanan pakcik kedai tu menggiankan.." =) Talk about burger bakar, I wonder how does it taste. Is it that dayyuumm delicious yang sampai orang sanggup queue beberapa kilometer and tunggu beberapa jam. Ada jugak aku dengar yang datang amik angka giliran then boleh balik rumah sembahyang maghrib dulu then mai kedai semula. Tapi kalau dah majoriti berkata sedemikian sah2 la sodap bebenor burger tu kot. Malangnya, walaupun dah bersepah2 orang menzahirkan fakta betapa sedap lemak berkrimnya burger bakar tu, namun masih ada lagi manusia yang noob tak pernah melahabnya lagi iaitu...
aku..

First time dengar desas desus burger bakar ni biasa2 lagi. Teringin tu ada tapi tak lah meroyan sangat. Start meroyan tu bila sekali tu pernah dekat Twitter kecoh burger bakar RM1 promotion sempena hari raya. ADOII! Bila aku kaji selidik, rupanya asalnya burger bakar ni dipublished oleh satu company named Kaw Kaw dekat Wangsa Maju. Then come out another burger bakar competitor named Abang Burn dekat Taman Dagang, Ampang sana tu. Bagi mengelakkan graph ekonominya merudum, Kaw Kaw pun bukak jugak la dekat2 area Abang Burn tu tak silap la. And then kedai lain pun ada jugak try wujudkan burger bakar tapi tak se kick Kaw Kaw tu la. Ah tak kisah lah dari mana burger tu wujud, yang penting aku nak try burger bakar tuh! Like seriously, teringin gila oh. Nak2 spesis karnivor macam aku ni. Haha. Siapa2 yang nak pergi singgah burger bakar tu rodger2 lah ye. Hadiah lumayan menanti anda yang berjaya bawak aku pergi rasa benda alah tu. Nak tengok betul ke burger bakar tu segadang yang diperkatakan or selampai gambar yang terpapar kat atas tu. Haha. Wish me luck~