Assalamualaikum..
Pada suatu hari, dalam sebok aku menyental pinggan dekat sinki tandas, tiba2 jiran depan bilik aku yang jarang sekali beramah mesra tiba2 menyapa. "Free tak malam esok?" aku dengan seribu satu alasan dalam kepala berbelah bahagi nak jawab ke tak. Mende laa yang dia nak aku cekau ni. "Ermm tak sure lagi la. Maybe bz kot. Kenapa ye?" Lalu dia mereply. "Betul2 la, free ke tak, nak bagi kupon free ni." Huhhh...telinga aku yang layu lemau sebelum tu tertegang subur selepas sahaja mendengar ayat hikmat dia tu. Nak dijadikan cerita, dia ni setiausaha blok J, blok kediaman siswi kami. Dia tengah nak cari orang untuk handle khemah bagi blok J sempena majlis Cahaya Di Aidilfitri yang bakal diadakan keesokan harinya nanti. Lagi nak mendongengkan cerita, dia perlukan 4 orang. Well, kami sebilik merupakan manusia2 yang sedang gian mengumpul kupon untuk stay dalam kolej sem depan. Betapa desperadonya kami, maka kami sahutlah seruan dia walaupun sedar yang esok test Finance yang tak belek satu hapak pun lagi tu. So, dia minta kami hias khemah tu esok dengan hiasan yang simple nyimple je. Tak payah nak retissss sangat katanya.
Namun yang menyedihkan keadaan is when we thought tugas kami just tayang muka jaga + agih2kan makanan untuk budak2 tu je nanti. Sampai sahaja kami dekat khemah tu keesokan petangnya, beberapa khemah nampak dah berdiri dekat gelanggang bawah dengan budak2 yang penuh semangat menghias khemah blok masing2 seakan2 ada pertandingan siapa memanjat khemah paling tinggi. Kitorang yang berbekalkan kertas minyak sahaja untuk hias khemah ni pun approach la kakak JPK tu nak tanya apa yang nak dibuatnya lepas ni. Dia dengan muka simpatinya bersuara "kertas minyak je??" Rupa2nya, ada pertandingan khemah tercantik and siapa menang dapat hamper + wang tunai. Allah..dengar je wang tunai..
 |
| walawehhhh... |
Huhh agak2 berapa rat laa dia nak bagi. Huhu. Kitorang apa lagi, dengan tegarnya naik bilik gedebak gedebuk menyiapkan mana patut. Aku dengan semangat wajanya korek bawah katil cari crayon yang berkurun terdampar dalam beg galas. Siapa kata crayon just for tadikarians??? ;p
Jam dah pukul 6 lebih, khemah lain semua dah gilang gumilang. Yang kami dengan kertas minyak berlakarkan tulisan yang beraneka warna pasrah sahajalah. Menang2, tak menang..ah! nak duit!! Haha. Beginilah rupa hasil usahaku dan rakan2...
 |
| *berlatarkan lagu smurf* |
|
Kanak2 tak kanak2, at least ada usahanya di situ ya. Ingat sental crayon tu senang ke?? Haha. Mengerah tenaga jugak la. So kami pun hiaslah dengan redhanya sambil dibasahi titisan hujan renyai2. Tanpa menghiraukan kilat yang sambar menyambar, demi kupon duit dan hamper, kami gantung and tepek lah mana patut...and walaaaa!
 |
| Haaa mapleh2 dua singgit dua singgit! |
 |
| Warna warni di aidilfitri |
Whatever it is, di tengah2 nak dekat hujung majlis tu, dalam kami sebok mengagihkan makanan pada budak2 yang kian menyerbu, tiba2 kedengaran dekat pentas tengah announce nama2 blok. Tertanya jugak, motif sebut nama blok? Penjaga khemah sebelah dah berlari2 naik pentas ambik hamper. Ok. Dengan pekanya pasang telinga, believe it or not
"...
Tempat pertama jatuh kepada.....BLOK J!...."
 |
| Errkkk...ehehe..yeke? |
Ok we won. Yes. We won. Hahaha! Sounds weird but we did it. Hahaha. And means we can go, SHOPPING!! Hahaha. But unfortunately...
 |
| kwangg kwangg kwang... |
 |
| RM60? hmm RM15...jadilah... |
 |
| whoyeahhh.. |
RM60 berserta hamper telah kami menangi malam tu. Haha tadahal laaa...gimik je. Tak batak sangat pun tapi alhamdulillah, tak sia2 kami gedebak gedebuk siapkan benda2 alah ni. Hehe. What's more important, we had a very good time and a very precious experience by joining it. Maka dengan itu, rajin2lah involvekan diri anda dengan aktiviti2 yang ada sementara masih gagah perkasa ni. Sesungguhnya pengalaman itu sangat bermakna dan bahagia. Nak2 bila kita sama2 nak siapkan kerja, diselang seli dengan lawak2 selenge masing2, at the same time belajar macam mana nak participate to solve things and get things done smoothly. To me it's waayy fun. =)
Tetamu2 yang hadir :-
 |
| kembar kat sebelah. haha |
 |
| saat yang digiankan. haha |
Finally, tak lain tak bukan, kupon! Haa beginilah rupanya betapa terdesaknya nak kumpul kupon. Macam pergi bertawaf ada jugak. And kami jua dapat apa yang kami desperadokan akhirnya. Haha. So far kami dah ada 15 kupon. 5 kupon to go to comfirm2 dapat kolej. Hopefully dapat laa duduk dalam sem depan. Amin. Well, that's all for now. Time to cabut banner and gulung tikar.
 |
| ermmm bubye.. |