Salam alaik~
Setelah survey ke sana ke mari, buat muka seposen dari kedai ke kedai, pusing tawaf 1 Alamanda, ada lah beberapa kedai aku dah isi borang kerja. Ala, beriya isi borang pun bukan semua nak rodger hire kerja pun. Kadang2 saja hulur borang tu nak jaga hati orang yang datang mintak kerja tu je. Tak pun kalau dah malas sangat mention je "..sorry dah full.." padahal borang kerja kosong setebal2 alam dalam drawer. Because I did once! kihkihkih..
Dah2 sebelum aku membebel lagi jauh, back to the topic. Keesokan hari aku survey kerja, I got a phone call from Secret Recipe to attend an interview on 5pm. Wee! Bila dah sampai Resipi Rahsia dekat Alamanda tu, aku nampak ada 2 orang muka macam agent CSI dok bincang pasal dead body dalam 1 ruang makan VIP. Meja ala2 meja minit mesyuarat sidang menteri2 wilayah. Dengan lampu mentol tergantung atas siling. Rupanya diorang tu orang atas Secret Recipe la. Dalam masa yang sama ada lagi sorang lelaki menyandang beg turut masuk dalam bilik tu. Nampak gaya macam nak kena interview macam aku jugak. Last2 aku kena panggil masuk dalam bilik tu jugak. Ada sedikit kekeliruan di situ apabila orang yang call kitorang untuk datang interview tu kata actually bukan datang Secret Recipe Alamanda but Secret Recipe Masjid Putra. Ponadoiii... =_="
![]() |
| yallleeheeeehuuuu... |
Lepas dah explain panjang lebar, rupa2nya Secret Recipe dekat Alamanda tu dah full. Franchise diorang yang dekat Masjid Putra yang sebernarnya kini sedang memerlukan lagi 4 umat untuk cukupkan saf. Since aku merupakan anak kepada parents aku, maka aku kenal sangat lah parents aku. Kalau aku inform je "...tak boleh. bahaya lengang tempat tu!.." Tambahan pula manager tu dah bagitau awal2, so far pekerja2 dekat Secret Recipe Masjid Putra tu semuanya chromosome XY. Kiranya aku lah satu2nya chromosome XX kalau aku bekerja di situ. Gedebak gedebuk soal jawab semua, ikutkan aku dah boleh start kerja 11.4.2012 ni. Malangnya and as I have expected........
![]() |
| Tempat tu lengang! Banyak pekerja Bangla! |
Berangan : "...ohh kalau macam tu tak apalah. Kami akan campak sorang pekerja kami pergi Masjid Putra and you datang kerja dekat Alamanda ni ok?..."
| suwiiitttt!! |

